29 January 2007

Pembelajaran Guru

I think of school reform as an ellipse, not as a circle. An ellipse has two foci that define an orbit, not just one. For me, the two foci that define the orbit of school reform are student learning and teacher learning.

Petikan dari buku The Wisdom of Practice: Essays on Teaching, Learning, and Learning karya Lee S. Shulman di atas mengukuhkan lagi kepercayaan saya bahawa pembangunan profesional guru bukan lagi suatu pilihan. Jika kita benar-benar serius ingin memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia, maka agenda pembangunan profesional guru perlu menjadi prioriti.

Persoalannya, apakah kita mempunyai kefahaman yang sama apabila bercakap tentang pembangunan profesional guru? Malah yang lebih penting, apakah kefahaman kita tentang perkara tersebut tepat dan memenuhi kehendak semasa profesion keguruan?

Saya cuba berkongsi pengalaman dengan para pendidik untuk membincang, mengupas dan memahami isu-isu sekitar pembangunan profesional guru. Mudah-mudahan wacana ilmu melalui blog ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk aktiviti pembangunan profesional guru di Malaysia. InsyaAllah

No comments: